PERTANDINGAN EDUCATION EXPLORACE

26 jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Taman Seri Kemendor telah mengadakan Pertandingan Education Explorace bagi kanak-kanak di Taman Seri Kemendor. Pertandingan ini telah diadakan dengan dibantu oleh Pusat Internet 1 Malaysia Tun Ghafar Air Kangkong, Pusat Internet 1 Malaysia Kesang Barat dan Pusat Internet 1 Malaysia Air Panas.

Permainan yang dijalankan adalah Teka Silang Kata, Rapid Typing, Mate Game dan Word Search. Pertandingan ini bertujuan untuk menguji kecerdasan dan ketangkasan peserta dalam menyelesaikan misi permainan yang diberi.

Peserta diberi penerangan terlebih dahulu tentang aktiviti yang dijalankan. Setiap checkpoint dijaga oleh Pengurus dan Penolong Pengurus. Setiap checkpoint akan disediankan game untuk peserta selesaikan dan peserta dikehendaki menyelesaikan semua game yang disediakan. Masa yang terpantas dalam menyelesaikan semua game yang disediakan akan dikira sebagai pemenang.