Majlis Perasmian Dan Hari Terbuka PI1M Taman Seri Kemendor

17 September 2016 | Aktiviti Terkini

Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Taman Seri Kemendor telah diadakan pada 17 September 2016. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara staff PI1M dengan masyarakat setempat, merapatkan hubungan pihak pembekal perkhidmatan dengan masyarakat setempat dan menaik taraf komuniti dengan penggunaan jalur lebar.

Pelbagai acara menarik telah diadakan pada hari tersebut seperti senaman aerobic, sukaneka, indoor game,pameran dari agensi kerajaan, gerai usahawan tempatan, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan dan masakan, Ceramah Klik Dengan Bijak, Mobile e-waste, cabutan no bertuah dan Upacara Perasmian. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk WiraHj Ghazale Bin Muhamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (RIM). Majlis berlansung dengan sangat meriah dan mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk tempatan dan penduduk sekitar.

Seramai hampir 300 penduduk hadir memeriahkan majlis dan menyertai program yang diadakan. Program Mobile e-waste yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk tempatan.

MASA TENTATIF
8.30am – 9.00am - Pendaftaran
- PembukaanGeraiJualan
- Pembukaan Booth Pameran
- Pembukaan Booth Digi
- Pendaftaran Ahli percuma
- Sarapan
9.15am-1.00pm - UcapanAluanPengerusi Biro ICT Taman Seri Kemendor
- KlikDenganBijak (KDB) &Kuiz
- PertandinganMewarna (4-6 Tahun)
- PertandinganMenaip (kategoridewasadankanak-kanak)
- PertandinganTekaSilang Kata
- Sukaneka
• Acara Rebut Gula-gula
• Baling Dadu
• TiupBelonSampaiPecah
• Boling Padang
• Sepak Raga Bulatan
• Bola Beracun
• Tendang Bola MasukJaring
- MakanTengahari
1.00pm – 2.00pm
REHAT
2.00pm-4.30pm - PertandinganMasakan
- PertandinganGubahan
- Wanita Era Digital
12.30-2.00 Petang Rehat Makan Tengah Hari Solat Zuhur
5.00pm-6.00pm - Ketibaan VIP/Jemputan (PaluanKompang)
- NyanyianNegaraku& Melaka Maju Jaya
- UcapanAluanPengerusi Biro ICT Taman Seri Kemendor
- UcapanPerasmian Dari YB Datuk Wira HJ Ghazale Bin Muhamad
- VIP Melawat PI1M Dan Tandatangan Plaque Perasmian
- BacaanDoa
- PembentanganPengurus/Pen Pengurus PI1M
- PenyampaianHadiah
- CabutanBertuah
- CenderahatiPenghargaan BDD &Pameran
- Cenderahati VIP
- MinumPetang
- Tamat



| 17 September 2016