Sukaneka Bersama Tadika JAIM

12 Oktober 2017 | Khamis
10.00 pagi – 12.00 tengahari | Sekolah Tadika JAIM Air Kangkung, Melaka

Tujuan:
Untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

Kelebihan:
- Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta.
- Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
- Mengeratkan silaturrahim di kalangan peserta.
- Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing-masing.
- Memberi kebebasan kepada penganjur untuk mencorakkan idea melalui aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.
- Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab.
- Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.

Penglibatan:
Para pelajar tadika.

Perlaksanaan Aktiviti:
Untuk menghiburkan para peserta kerana permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan kanak-kanak. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberi pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

Aktiviti Berkaitan:
- Tiup Belon Sampai Pecah.
- Susun Nombor Mengikut Turutan Menaik.
- Lari Bawa Belon Air Terpantas.
- Lari Bawa Bola Dalam Gelung Terpantas.
- Rebut Gula-gula.
- Kerusi Berirama.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama