LIVE FB: KLIK DENGAN BIJAK : BULI SIBER, SEXTING & PENGANTUN DALAM TALIAN.

Aktiviti terkini | 6 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong

Ringkasan Aktiviti :
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) – Tun Ghaffar, Air Kangkong berkongsi tentang isu – isu buli siber, sexting dan juga pengantun dalam talian yang kini sering berlaku disebabkan dunia kini tanpa sempadan.


Tujuan :
• Tujuan utama perkongsian ini dilaksanakan adalah untuk menerapkan ilmu kepada masyarakat setempat berkenaan isu buli siber, sexting dan juga pengantunan dalam talian.
• Hal ini sekaligus dapat membuka mata ibu bapa tentang bahayanya isu ini terutama dalam kalangan kanak – kanak kerana ia boleh sahaja menjejaskan emosi kanak – kanak.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memberi maklumat secara terperinci tentang punca, kesan dan contoh isu buli siber, sexting dan pengantunan dalam talian yang sering berlaku hingga kini.


Kelebihan Aktiviti :
• Masyarakat setempat dan orang awam dapat mengetahui punca isu ini terjadi dan cara yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini jika terjadi dalam kalangan keluarga sendiri.
• Mengetahui cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memantau anak – anak dalam melayari internet.
• Mendedahkan tentang isu buli siber, sexting dan juga pengantunan dalam talian ini bukanlah isu yang boleh dipandang remeh.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.