LIVE FB: ISU KESIHATAN MENTAL

Aktiviti terkini | 26 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong

Ringkasan Aktiviti :
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) – Tun Ghaffar, Air Kangkong berkongsi tentang isu kesihatan mental yang semakin meruncing di Malaysia kini.


Tujuan :
• Tujuan utama perkongsian ini dilaksanakan adalah untuk memahami tentang masalah kesihatan mental yang semakin hari semakin banyak terjadi dalam masyarakat kita.
• Selain itu, mempelajari kriteria – kriteria yang boleh kita kategorikan seseorang individu itu tergolong dalam golongan yang sedang mengalami masalah kesihatan mental.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memberi maklumat secara terperinci tentang punca, tanda/gejala, kesan, serta rawatan atau pencegahan yang boleh diambil oleh individu atau ahli keluarga sendiri yang mengalami masalah kesihatan mental.


Kelebihan Aktiviti :
• Membolehkan masyarakat mengetahui punca kesihatan mental ini terjadi dan cara yang terbaik untuk menangani serta rawatan yang sesuai jika terjadi dalam kalangan keluarga sendiri.
• Meningkatkan tahap kefahaman dan pengetahuan masyarakat terhadap masalah kesihatan mental dan golongan – golongan yang boleh terjebak dengan masalah kesihatan mental ini.
• Selain itu, menganalisis stigma dan persepsi masyarakat terhadap isu kesihatan mental.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.