CARA SEMAK I-CITRA DENGAN: ICITRA.KWSP.GOV.MY & I-AKAUN (MEMBER) - KWSP

Aktiviti terkini | 5 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
‘Facebook Page’ Pusat Internet Komuniti Tun Ghaffar Air Kangkong

Ringkasan Aktiviti :
Menjadikan Facebook Page sebagai wadah utama dalam perkongsian cara untuk menyemak i-Citra melalui dua kaedah iaitu dengan menggunakan laman web dan juga aplikasi i-Akaun. Oleh yang demikian, informasi ini dapat disampaikan kepada komuniti setempat secara terus dengan hanya menggunakan ‘Facebook page’. Warga setempat boleh akses di mana – mana sahaja untuk informasi ini.


Tujuan :
• Mengajar dan juga berkongsi ilmu ICT tentang cara untuk menyemak i-Citra yang mana baru – baru ini kerajaan telah umumkan bahawa pengeluaran i-Citra dapat dilakukan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
• Memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mengetahui cara mudah menggunakan laman web dan juga aplikasi i-Akaun untuk menyemak atau mendaftar i-Citra.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Durasi video 00:01:25 minit
• Video yang dipaparkan dalam ‘facebook page’ ini berkaitan cara untuk menyemak i-Citra dengan menggunakan laman web dan juga aplikasi i-Akaun.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberikan penerangan dan juga informasi kepada komuniti setempat tentang cara mudah untuk menyemak i-Citra.
• Memberi panduan dan langkah – langkah yang dapat diikuti oleh pencarum KWSP untuk memohon dan juga menyemak i-Citra supaya ada di antara mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini tidak ketinggalan untuk sama – sama memohon. • Selain itu, mengajar dan juga menerangkan secara terperinci melalui video pendek agar maklumat dapat disampaikan dengan jelas kepada pencarum atau pemohon KWSP.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.