SIARAN LANGSUNG BICARA APLIKASI : TELEGRAM

Aktiviti terkini | 15 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
‘Facebook Page’ Pusat Internet Komuniti Tun Ghaffar Air Kangkong

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung ini dijalankan di ‘Facebook Page’ Pusat Internet Komuniti Tun Ghaffar, Air Kangkong kerana kekangan untuk warga setempat datang ke pusat internet disebabkan oleh pandemik COVID-19. Oleh yang demikian, maklumat berkenaan aplikasi Telegram disampaikan kepada komuniti setempat secara maya dengan menggunakan ‘Facebook page’. Warga setempat boleh akses di mana – mana dan pada bila – bila masa sahaja untuk mendapatkan maklumat ini.


Tujuan :
• Berkongsi ilmu pengetahuan tentang aplikasi Telegram kepada masyarakat setempat kerana aplikasi ini telah menjadi aplikasi wajib digunakan untuk berinteraksi antara satu sama lain.
• Memperkenal aplikasi Telegran kepada warga setempat yang mana fungsinya sama seperti Whatsapp, malah menerangkan apa kelebihan Telegram berbanding aplikasi Whatsapp.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Durasi video 00:37:59 minit
• Siaran langsung ini berkongsi tentang kelebihan menggunakan aplikasi Telegram kerana sekarang kebanyakan orang menggunakan aplikasi Telegram sebagai medium utama untuk berkomunikasi selain daripada Whatsapp.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberikan penerangan tentang aplikasi Telegram.
• Memberi tips atau kaedah yang mudah dalam penggunaan aplikasi Telegram.
• Menerangkan kelebihan Telegram kepada masyarakat setempat.
• Menjadikan aplikasi Telegram sebagai salah satu aplikasi yang dapat digunakan untuk berkomunikasi selain Whatsapp.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.