KELAS ASAS ROTI DAN JANA PENDAPATAN DARI RUMAH

Aktiviti terkini | 27 November 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Tun Ghaffar Air Kangkong

Nama VIP :
Tiada


Ringkasan Aktiviti :
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong menganjurkan Kelas Asas Roti dan Jana Pendapatan Dari Rumah dengan menjemput Coach Tam Zurina Binti Juhari dari Zulaikha Habibi Enterprise.


Tujuan :
• Memberi ilmu tentang penghasilan roti gebu
• Memberi peluang perniagaan dan penjanaan pendapatan dari rumah melalui pendapatan aktif (penjualan roti)
• Memberi pendedahan mengenai demo produk tajaan
• Memberi pendedahan konsep PROSUMER

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program keusahawanan dijalankan dalam bentuk aktiviti dan mempunyai komunikasi dua hala bersama peserta
• Peserta akan mengaplikasi pembuatan roti dengan teknik yang betul
• Peralatan program disediakan oleh tenaga pengajar. Hanya resepi akan diagihkan kepada peserta
• Demo tajaan produk akan dibuat berselang seli dengan aktiviti penghasilan roti

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat ilmu pembuatan roti gebu dan dapat jana pendapatan melalui penjualan roti gebu
• Peserta dapat kesedaran mengenai konsep PROSUMER
• Peserta sambut baik peluang perniagaan bersama-sama kumpulan tenaga pengajar dalam penjanaan pendapatan secara aktif dan pasif
• Program dan aktiviti susulan akan dibuat sebulan selepas program pertama
• Aktiviti berbeza dalam setiap program keusahawanan yang akan dijalankan seperti kelas urutan, kecantikan, masakan dan lain-lain

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.