PROGRAM HARI KEBANGSAAN 2022 #KELUARGAMALAYSIA TEGUH BERSAMA

Aktiviti terkini | 27 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Tun Ghaffar Air Kangkong dan Perpustakaan Desa Air Kangkong

Nama VIP :
Guru: En. Ng Yih Joo


Ringkasan Aktiviti :
PEDi mengadakan Program Hari Kebangsaan 2022 bekerjasama bersama dengan Perpustakaan Desa Air Kangkong, JPKK Felda Tun Ghaffar Air Kangkong, KRT, Tadika JAIM Air Kangkong, dan Tadika Anugeraha. PEDi menganjurkan 2 aktiviti pertandingan dan 1 aktiviti Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). PEDi memberikan keahlian percuma kepada 10 orang terawal sahaja sebagai mempromosi PEDi kepada komuniti setempat.


Tujuan :
• Program ini adalah untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara dan juga menyebarkan maklumat berkaitan sejarah kemerdekaan Malaysia kepada komuniti.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program adalah merangkumi:-
1) Pertandingan Teka Muka Surat Buku (Terbuka)
2) Cabutan Bertuah (Terbuka)
3) Pertandingan Mencipta Poskad Merdeka (Terbuka)
4) Pertandingan Mewarna Topeng Patriot (4-6 Tahun)
5) Pertandingan Mewarna Merdeka (7-9 Tahun)
6) Pertandingan Mewarna Merdeka (10-12 Tahun)
7) Kuiz Kahoot Merdeka (Belia dan Dewasa)
8) Pertandingan Catur (Dewasa Lelaki)
9) Pertandingan Masakan Berasaskan Ubi Kayu
10) Pertandingan Busana Tradisional (Kanak-Kanak)
11) Pendaftaran Percuma Ahli PEDi (Terhad 10 orang terawal sahaja)

Kelebihan Aktiviti :
• Mewujudkan persekitaran yang kondusif dengan menjayakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
• Bekerjasama dengan penduduk serta agensi-agensi setempat bagi menjayakan sesuatu program yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan.
• Mempromosikan PEDi sebagai sebuah pusat sehenti untuk keusahawan dan ict untuk kemudahan penduduk setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.