SLOT KLIK DENGAN BIJAK (MINGGU BAHASA SK KEMENDOR)

Aktiviti terkini | 18 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Arena Warna, Ayer Hitam

Nama VIP :
Tiada


Ringkasan Aktiviti :
Perpustakan Desa Air Kangkong bersama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong mengadakan aktiviti yang bersesuaian dengan Minggu Bahasa bersama pelajar tahap 2 di SK Kemendor. PEDi mengadakan slot Klik Dengan Bijak (KDB) untuk program ini.


Tujuan :
• Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet. Internet menawarkan pelbagai sumber maklumat, tetapi jika digunakan tanpa pengetahuan dan perlindungan yang betul, ia boleh mengancam keselamatan kita di dunia nyata.
• Setiap individu harus memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Internet yang positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika. Klik Dengan Bijak berusaha untuk mewujudkan persekitaran Internet yang selamat dan meggembirakan buat semua orang.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program adalah merangkumi:-
1) Pertandingan Cari Kata Klik Dengan Bijak untuk para pelajar Tahun 4-6.

Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat mengetahui apakah Klik Dengan Bijak.
• Pelajar mendapat kesedaran mengggunakan internet dengan selamat, bijak dan waspada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.