PROGRAM QURAN HOUR

Aktiviti terkini | 13 April 2023

Tempat Aktiviti:
Tadika Jaim Air Kangkong dan PEDi Tun Ghaffar Air Kangkong


Nama VIP :
Tiada


Ringkasan Aktiviti :
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong dan Perpustakaan Desa Air Kangkong mengadakan Program Quran Hour.


Tujuan :
• Kempen berimpak tinggi dimulakan dengan objektif menggalakkan interaksi dengan al-Quran, Baca, Faham, Amal.
• Usaha bagi menggarap nilai-nilai mulia yang dihayati daripada surah-surah di dalam al-Quran bagi membentuk cara hidup yang membawa kepada matlamat melahirkan legasi akhlak untuk membangun Negara & Dunia yang Berbudi dan Penyayang.
• Kempen ini merupakan inspirasi dan cetusan agar potensi setiap individu dapat dilonjakkan berlandaskan sistem operasi al-Quran serta penyelarasan kerangka fikir yang turut dipandu Sunnah Rasullulah S.A.W.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Bacaan Surah Lazim
• Kraftangan Sampul Duit Raya
• Bacaan Surah Al-Insan

Kelebihan Aktiviti :
• Mewujudkan persekitaran yang kondusif dengan menjayakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
• Mengajak anak-anak mencintai al-quran.
• Bekerjasama dengan penduduk serta agensi-agensi setempat bagi menjayakan sesuatu program yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan.
• Mempromosikan PEDi sebagai sebuah pusat sehenti untuk keusahawan dan ICT untuk kemudahan penduduk setempat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.