PROGRAM SEMPENATAHUN BARU CINA (DRAGON PUPPET)

Aktiviti terkini | 20 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Air Kangkong

Nama VIP :
Tiada


Ringkasan Aktiviti :
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong dan Perpustakaan Desa Air Kangkong mengadakan Program Sempena Tahun Baru Cina (Dragon Puppet).


Tujuan :
• Bermain dan berseronok serta mengisi masa lapang dengan membuat hasil kraf tangan.
• Melakukan aktiviti yang dapat menjana idea kreatif dalam kalangan anak – anak supaya anak – anak dapat berfikir secara kritis dan kreatif.
• Membantu dalam perkembangan tumbesaran anak-anak dengan mengajar cara untuk bersosial antara masyarakat.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Dragon Puppet

Kelebihan Aktiviti :
• Mewujudkan persekitaran yang kondusif dengan menjayakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
• Meningkatkan kemahiran sosial dalam diri anak – anak agar mereka lebih yakin berdepan dengan orang ramai.
• Bekerjasama dengan penduduk serta agensi-agensi setempat bagi menjayakan sesuatu program yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan.
• Mempromosikan PEDi sebagai sebuah pusat sehenti untuk keusahawan dan ict untuk kemudahan penduduk setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.