PROGRAM BACA BERSAMA 10 MINIT

Aktiviti terkini | 18 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Tadika Jaim Air Kangkong & Tadika Anugeraha Selandar

Nama VIP :
Tiada


Ringkasan Aktiviti :
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong dan Perpustakaan Desa Air Kangkong mengadakan Program Jom Membaca Bersama 10 Minit.


Tujuan :
• Program ini melahirkan murid yang celik ilmu dengan tujuan untuk memberikan pendedahan tentang kemahiran membaca yang meliputi beberapa aspek penilaian kemahiran membaca, menulis, dan mencari maklumat dalam kalangan para guru dan murid.
• Meningkatkan tahap pembacaan dan penguasaan membaca membaca murid.
• Menyemai nilai suka membaca pada bila – bila masa.
• Meneruskan kelestarian budaya membaca di kalangan murid.
• Program ini juga mendorong anak – anak pelajar membaca dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti Membaca
• Pertandingan Mewarna Sempena Hari Guru.

Kelebihan Aktiviti :
• Menyemai minat membaca di kalangan anak – anak kecil dan pembelajaran sepanjang hayat.
• Merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan warga sekolah.
• Bekerjasama dengan penduduk serta agensi-agensi setempat bagi menyemarakkan amalan membaca agar menjadi budaya masyarakat setempat.
• Mempromosikan PEDi sebagai sebuah pusat sehenti untuk keusahawan, ICT dan juga kemudahan penduduk setempat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.