PROGRAM HARI USAHAWAN NEGERI MELAKA (HAUS) 2023

Aktiviti terkini |17 November 2023

Tempat Aktiviti:
The Shore Shopping Gallery, Melaka

Ringkasan Aktiviti :
• Sempena Karnival MAMPU 2023 yang dirasmikan oleh YB Alex Seah Shoo Chin, EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Rakan Digital PEDi Tun Ghaffar Air Kangkong telah dijemput sebagai panel untuk sesi dialog Hari Usahawan Negeri Melaka (HAUS) 2023.
• Program ini telah dijalankan di The Shore, Melaka dan seluruh usahawan – usahawan Negeri Melaka telah berkumpul untuk program ini.

Tujuan :
• Matlamat utama program ini adalah untuk membantu usahawan dengan kaedah turun padang melibatkan pihak berkepentingan dalam industri keusahawanan.
• Memberi ruang kepada usahawan – usahawan kecil mendapat maklumat dan akses berkenaan bantuan yang ditawarkan kepada mereka yang layak.
• Melibatkan usahawan dalam setiap aktiviti yang dijalankan di seluruh Negeri Melaka.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti yang dijalankan adalah, sesi dialog bersama Rakan Digital PEDi Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai panel jemputan. Beliau menyampaikan maklumat berkenaan PEDi dan juga peranan PEDi dalam membentuk usahawan – usahawan kecil untuk mempromosikan produk dan jenama mereka.
• Program Usahawan Digital (Shopee) untuk usahawan – usahawan mempromosikan produk mereka ke platform e-dagang iaitu Shopee.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan Pusat Ekonomi Digital sebagai pusat sehenti dalam memacu ke arah usahawan digital.
• Memberi peluang kepada usahawan untuk mengenali Pusat Ekonomi Digital ini secara dekat dan mendalam tentang usaha – usaha PEDi membantu usahawan – usahawan kecil ini.
• Menjadikan PEDi lebih mendapat tempat dihati usahawan – usahawan kecil untuk berani ke depan dalam mempromosikan produk jenama mereka.

Nama VIP :
• YB Alex Seah Shoo Chin (EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi, dan Hal Ehwal Pengguna.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.