PROGRAM HARI KEBANGSAAN 2023

Aktiviti terkini | 19 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Air Kangkong & PEDi Tun Ghaffar Air Kangkong

Nama VIP :
Tiada


Ringkasan Aktiviti :
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong dengan kolaborasi bersama Perpustakaan Desa Air Kangkong dan Pusat Komunti Desa Felcra Bukit Sedanan mengadakan Program Hari Kebangsaan 2023 bersama komuniti Felda Tun Ghaffar Air Kangkong.


Tujuan :
• Program ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara Malaysia dalam kalangan masyarakat majmuk pada dewasa ini.
• Selain daripada itu, ia juga dapat membantu untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf – staf PEDi Tun Ghaffar, staf – staf PD Kg. Air Kangkong, dan Staf PKD Felcra Bukit Sedanan untuk bersama -sama menjayakan program ini.
• Meningkatkan kemahiran berinteraksi antara satu sama lain terutamanya bila berkomunikasi dengan masyarakat kampung.
• Dalam pada itu, program ini juga memberi peluang kepada golongan belia untuk menyertai dan bersama – sama bersosial dengan golongan lebih senior supaya mereka mendapat serba sedikit nasihat tentang kehidupan dari golongan yang lebih senior.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti menyemarakkan semangat menyambut kemerdekaan kali ke-66

Kelebihan Aktiviti :
• Melatih anak – anak kecil sikap cintakan negara dan juga memberi peluang kepada mereka mengenali tokoh – tokoh kemerdekaan serta logo kemerdekaan melalui aktiviti mewarna dan melukis.
• Para ibu dan bapa pula diberi kesempatan untuk menambah pengalaman dan juga pengetahuan dalam aktiviti memasak iaitu kelas masakan durian crepe.
• Semangat kekeluargaan dibentuk melalui satu pertandingan yang diberi nama kraf box Rukun Negara. Di sinilah kita dapat melihat mereka saling membantu antara satu sama lain


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.