PROGRAM GALAKAN MEMBACA SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2023

Aktiviti terkini |24 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Kemendor, Jasin, Melaka

Ringkasan Aktiviti :
• Perpustakaan Desa Air Kangkong dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong telah mengadakan program bersama iaitu Program Galakan Membaca bersempena Bulan Bahasa Kebangsan untuk tahun 2023.
• Program ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsan Kemendor bersama para pelajar dari tahun 4 hingga tahun 6.


Tujuan :
• Matlamat utama program ini adalah untuk mengerakkan program galakan membaca dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
• Memupuk minat membaca secara berterusan, khasnya semasa waktu lapang dan juga sepanjang hayat.
• Meningkatkan tahap pembacaan dalam kalangan pelajar.
• Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu pengetahuan.
• Membentuk disiplin dan sahsiah dalam kalangan pelajar.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti yang dijalankan adalah, Kriptogram Penjodoh Bilangan, Kuiz Susun Kata, Teka Peribahasa, Cari Kata (Klik Dengan Bijak) dan Bicara Santai Budaya Membaca.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan ilmu pengetahuan kerana melalui pembacaan pelajar boleh memperolehi maklumat terkini.
• Meningkatkan kemahiran bahasa pelajar kerana menemui kosa kata baharu.
• Menajamkan fikiran dan memberi kesan positif kepada tingkah laku pelajar.
• Membuka ruang untuk pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.
• Meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkomunikasi.


Nama VIP :
Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.