KUIZ HARI MALAYSIA 2023

Aktiviti terkini |24 September 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Tun Ghaffar Air Kangkong

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong mengadakan Kuiz Hari Malaysia 2023 bersama para pelajar sekolah rendah Felda Tun Ghaffar Air Kangkong.


Tujuan :
• Program ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara Malaysia dalam kalangan para pelajar iaitu generasi muda hari ini.
• Selain daripada itu, ia juga dapat membantu untuk menambahkan pengetahuan am para pelajar berkenaan negara Malaysia tercinta dan secara tidak langsung mewujudkan suasana pembelajaran secara spontan.
• Meningkatkan kemahiran berinteraksi antara satu sama lain terutamanya bila berkomunikasi sesama pelajar.
• Dalam pada itu, aktiviti ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapat pembacaan informasi yang tepat dan maklumat yang sahih.
• Membentuk disiplin dan sahsiah dalam kalangan pelajar.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti kuiz hari malaysia di dalam PEDi bersempena dengan Hari Malaysia pada 16 September 2023.

Kelebihan Aktiviti :
• Menerapkan sikap cintakan negara dan juga memberi peluang kepada para pelajar mengenali tokoh – tokoh terdahulu yang berusaha dalam membentuk negara Malaysia.
• Memupuk keyakinan dalam diri para pelajar.
• Mengingatkan para pelajar tentang sejarah negara Malaysia.


Nama VIP :
Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.