AKTIVITI JOM BELAJAR TONA WARNA

Aktiviti terkini |26 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Air Kangkong

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti jom belajar tona warna ini diadakan sebagai aktiviti riadah di samping memupuk kreativiti dan kecerdasan dalam menghasilkan pelbagai warna yang unik.

Tujuan :
• Aktiviti ini bertujuan merangsang kreativiti (otak kanan) dan Logika (otak kiri) para pelajar.
• Mengasah kecerdasan visual anak – anak pelajar.
• Menanamkan elemen positif dalam diri pelajar.
• Menajamkan intuisi pelajar
• Menerapkan budaya inovas/modifikasi dalam menghasilkan karya.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Para pelajar diberikan sehelai kertas yang mana terdapat bulatan – bulatan kecil untuk mereka menghasilkan pelbagai jenis tona warna dalam bulatan kecil berkenaan.

Kelebihan Aktiviti :
• Mewujudkan persekitaran yang kondusif yang mana warna dapat mengubah citarasa dan juga mempengaruhi cara pandang setiap individu.
• Mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua yang terlibat.
• Aktiviti ini juga mampu mencorak cara yang paling pantas dan kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif – perspektif yang baru.
• Bekerjasama dengan penduduk serta agensi-agensi setempat bagi menjayakan sesuatu aktiviti yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan.
• Mempromosikan PEDi sebagai sebuah pusat sehenti untuk keusahawan dan ict untuk kemudahan penduduk setempat.

Nama VIP :
• Puan Murni Binti Yaakob (Penyelaras Wanita Dun Bemban)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.