KELAS BASIC ICT: SISTEM PEREKODAN NILAM (AINS)

Aktiviti terkini |12 Jun 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tun Ghaffar Air Kangkong

Ringkasan Aktiviti :
• Ibu bapa hadir ke NADI untuk memohon tunjuk ajar tentang Sistem Perekodan Bacaan NILAM yang sekarang sedang digunapakai oleh kebanyakan sekolah untuk merekod bahan bacaan murid yang telah dibaca.
• Sistem ini merupakan applikasi mudah alih yang direka bagi memudahkan murid merekod bahan bacaan berasaskan teknologi untuk menggantikan sistem perekodan membaca murid secara manual.

Tujuan :
• Memperkenalkan sistem Perekodan NILAM kepada ibu bapa.
• Memastikan penggunaan sistem ini dapat digunapakai oleh ibu bapa dengan baik.
• Memastikan ibu bapa tahu cara menggunakan sistem ini.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Ibu bapa diajar cara untuk mendaftar (log in) dalam Sistem Perekodan Bacaan NILAM (AINS)
• Kemudian ibu bapa diajar satu persatu cara untuk merekod bahan bacaan yang telah dibaca oleh anak – anak.

Kelebihan Aktiviti :
• Dengan menggunakan sistem ini, ibu bapa dapat memantau setiap maklumat terperinci kandungan – kandungan terkini yang dibaca oleh anak – anak mereka.
• Selain itu, melalui sistem ini ibu bapa juga dapat memantau status dan tahap pencapaian NILAM murid pada peringkat bilik darjah, aliran, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melalui dashboard yang disediakan.

Nama VIP :
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.