Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Nama asal felda ini ialah Felda Air Kangkong. Pada 7 April 2007, nama felda ini telah ditukar kepada Felda Tun Ghafar Air Kangkong sebagai penghargaan kepada Tun Ghafar Baba yang banyak berjasa kepada rakyat Melaka khususnya.

Tanaman utama pada asalnya adalah getah. Sehinggalah pada tahun 1979, apabila berlakunya ribut yang telah memusnahkan hampir keseluruhan kawasan tanaman getah. Dengan inisiatif pihak pentadbiran dan kerajaan negeri sendiri, maka kawasan yang musnah itu digantikan dengan tanaman kelapa sawit pada tahun 1980.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Digi Academy: Digital Literacy Programme’

Berita Terkini | Sepanjang Pertengahan Tahun

Merupakan kerjasama antara Digi Telecommunications Sdn Bhd dengan Arus Academy dalam memperkenalkan program yang dapat menyediakan pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran mereka-bentuk (‘designing’), latihan asas pengekodan, sensor dan memupuk pendidikan awal keusahawanan.... baca selanjutnya

Gotong-Royong Tahun 2018

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2018

Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bahagian dalam dan luar pusat internet... baca selanjutnya

Pertandingan Mereka Cipta Projek Arduino Digi Academy

Aktiviti Terkini | 18 November 2018

Menguji kefahaman pelajar yang terlibat dengan program Digi Academy tentang setiap pembelajaran berkaitan arduino... baca selanjutnya

Digi Academy – Design Thinking

Aktiviti Terkini | 16 November 2018

Dapat menjalinkan kerjasama antara PI dan penduduk setempat, memperkenalkan apa itu Digi Academy kepada para peserta yang terlibat... baca selanjutnya

Hari Sukan Negara

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2018

Bertujuan dapat menerapkan budaya sukan dikalangan komuniti, memupuk semangat perpaduan dikalangan komuniti serta meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan komuniti... baca selanjutnya

Roadshow Digi Pusat Internet Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018

Program anjuran Pusat Internet Kampung Chabau dan membina silaturrahim dan meningkatkan pengetahuan... baca selanjutnya

Jelajah Ilmu

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Aktiviti ini dapat memupuk semangat minat membaca dalam kalangan pelajar dan mengetahui ilmu sangat penting pada zaman ini... baca selanjutnya

Sayangi Malaysiaku Bulan Merdeka

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2018

Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan... baca selanjutnya

Advokasi (Klik Dengan Bijak)

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2018

Dapat melahirkan pengguna yang celik teknologi (Bijak Internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak Di Sekolah Kebangsaan Air Baruk

Aktiviti Terkini | 7 Jun 2018

Program dijalankan adalah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar supaya mewujudkan persekitaran yang selamat dan menjadi pengguna internet yang bijak... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Masjid Baru

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2018

Hari Terbuka PI1M diadakan pada setiap tahun untuk memperkenalkan dan mempromosikan PI1M kepada masyarakat luar. Dengan adanya aktiviti seperti ini, penduduk setempat lebih mengenali PI1M dan aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan di PI1M... baca selanjutnya

Program Bulan Melaka Bersejarah

Aktiviti Terkini | 28 April 2018

Bertujuan untuk mengasah sikap kreati an inovatif, menguji minda dan memberi penerangan mengenai sejarah Negeri Melaka... baca selanjutnya

Program Cuti Sekolah

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Dapat mengasah sikap kreatif dan inovatif, menguji minda dan memberi info mengenai klik dengan bijak... baca selanjutnya

Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2018

Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet... baca selanjutnya

Pertandingan Kanak-Kanak 2018

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

Bertujuan untuk mengasah sikap kreatif dan inovatif, menguji minda, mempelajari huruf hijahiyah dan memberi info mengenai klik dengan bijak... baca selanjutnya

Program Kembali Ke Sekolah

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Dapat mengasah sikap kreatif dan inovatif, memupuk semangat suka ke sekolah dan memberi pendedahan mengenai asas komputer dan menaip... baca selanjutnya