Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Nama asal felda ini ialah Felda Air Kangkong. Pada 7 April 2007, nama felda ini telah ditukar kepada Felda Tun Ghafar Air Kangkong sebagai penghargaan kepada Tun Ghafar Baba yang banyak berjasa kepada rakyat Melaka khususnya.

Tanaman utama pada asalnya adalah getah. Sehinggalah pada tahun 1979, apabila berlakunya ribut yang telah memusnahkan hampir keseluruhan kawasan tanaman getah. Dengan inisiatif pihak pentadbiran dan kerajaan negeri sendiri, maka kawasan yang musnah itu digantikan dengan tanaman kelapa sawit pada tahun 1980.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM SUKANEKA RIANG RIA CUTI SEKOLAH 2023

Aktiviti Terkini | 27 Disember 2023

Program sukaneka diadakan sebagai aktiviti beriadah di samping memupuk kreativiti dan semangat kerjasama pasukan ketika bersukan....baca selanjutnya

PROGRAM HARI USAHAWAN NEGERI MELAKA (HAUS) 2023

Aktiviti Terkini | 17 November 2023

Program ini telah dijalankan di The Shore, Melaka dan seluruh usahawan – usahawan Negeri Melaka telah berkumpul untuk...baca selanjutnya

PROGRAM GALAKAN MEMBACA SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2023

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2023

Perpustakaan Desa Air Kangkong dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong telah mengadakan program bersama iaitu Program Galakan Membaca bersempena Bulan Bahasa Kebangsan untuk tahun 2023...baca selanjutnya

KUIZ HARI MALAYSIA 2023

Aktiviti Terkini | 24 September 2023

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong mengadakan Kuiz Hari Malaysia 2023 bersama para pelajar sekolah rendah Felda Tun Ghaffar Air Kangkong....baca selanjutnya

PROGRAM HARI KEBANGSAAN 2023

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2023

Program ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara Malaysia dalam kalangan masyarakat majmuk pada dewasa ini. ............baca selanjutnya

JOM BELAJAR TEKNIK CAMPURAN WARNA

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2023

Program ini bertujuan memastikan para pelajar memahami konsep campuran warna............baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2023

Program ini adalah kolaborasi di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Melaka (untuk pihak PEDi ini adalah PPD Jasin) yang dipanggil Rintis untuk meningkatkan tahap kemahiran para pelajar dalam bidang ICT. Di dalam program ini terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak PPD dan sekolah. Di antara program tersebut adalah Klik Dengan Bijak (KDB)...........baca selanjutnya

PROGRAM BACA BERSAMA 10 MINIT

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2023

Program ini melahirkan murid yang celik ilmu dengan tujuan untuk memberikan pendedahan tentang kemahiran membaca yang meliputi beberapa aspek penilaian kemahiran membaca, menulis, dan mencari maklumat dalam kalangan para guru dan murid...........baca selanjutnya

PROGRAM QURAN HOUR

Aktiviti Terkini | 13 April 2023

Kempen berimpak tinggi dimulakan dengan objektif menggalakkan interaksi dengan al-Quran, Baca, Faham, Amal..........baca selanjutnya

PROGRAM SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN 2023

Aktiviti Terkini | 8 Mac 2023

Bermain dan bergembira di samping mengisi masa lapang dengan membuat hasil kraf tangan.........baca selanjutnya

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 22-24 Februari 2023

Bermain dan berseronok serta mengisi masa lapang dengan membuat hasil kraf tangan........baca selanjutnya

PROGRAM SEMPENATAHUN BARU CINA (DRAGON PUPPET)

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2023

Bermain dan berseronok serta mengisi masa lapang dengan membuat hasil kraf tangan.......baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti