Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Nama asal felda ini ialah Felda Air Kangkong. Pada 7 April 2007, nama felda ini telah ditukar kepada Felda Tun Ghafar Air Kangkong sebagai penghargaan kepada Tun Ghafar Baba yang banyak berjasa kepada rakyat Melaka khususnya.

Tanaman utama pada asalnya adalah getah. Sehinggalah pada tahun 1979, apabila berlakunya ribut yang telah memusnahkan hampir keseluruhan kawasan tanaman getah. Dengan inisiatif pihak pentadbiran dan kerajaan negeri sendiri, maka kawasan yang musnah itu digantikan dengan tanaman kelapa sawit pada tahun 1980.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Sukaneka Cuti Sekolah

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2016

Mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat dengan pekerja PI1M... baca selanjutnya

Explore Race Games Maulidur Rasul

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2016

Untuk menguji kefahaman para peserta mengenai education learning games, pengetahuan dalam Simpulan Bahasa, kreativiti dalam mewarna, dan kebolehan menghafal surah-surah lazim... baca selanjutnya

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg. Parit Penghulu Benteng, Melaka

Aktiviti Terkini | 27 November 2016

Mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat dengan pekerja PI1M... baca selanjutnya

Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya

Aktiviti | 25 - 26 Oktober 2016

Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan membantu PI1M menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI1M Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC... baca selanjutnya

Bengkel Aplikasi dan Lego(Robotik) #BAL 2016

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2016

Bengkel Aplikasi dan Robotik ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Target peserta untuk program ini adalah dikalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan bagaimana sebuah aplikasi itu di buat dan diselanggarakan. Begitu juga dengan penghasilan mesin-mesin robotik... baca selanjutnya

Sukaneka Sempena Hari Sukan Negara 2016

Aktiviti Terkini | 7 Oktober 2016

Menerap budaya sukan di kalangan ahli Pi1m dan penduduk sekitar... baca selanjutnya

Semarakkan Sambutan Hari Malaysia 2016

Aktiviti Terkini | 23 - 24 September 2016

Mewujudkan semangat cintakan Malaysia dan menambah ilmu pengetahuan Am tentang Malaysia... baca selanjutnya

Majlis Perasmian Dan Hari Terbuka PI1M Taman Seri Kemendor

Aktiviti Terkini | 17 September 2016

Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Taman Seri Kemendor telah diadakan pada 17 September 2016. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara staff PI1M dengan masyarakat setempat, merapatkan hubungan pihak pembekal perkhidmatan dengan masyarakat setempat dan menaik taraf komuniti dengan penggunaan jalur lebar... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Jamuan Hari Raya PI1M Kemendor

26 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Taman Seri Kemendor telah mengadakan Merapatkan hubungan silaturrahim antara staff PI1M dengan masyarakat setempat. Pertandingan ini telah diadakan dengan dibantu oleh Pusat Internet 1 Malaysia Tun Ghafar Air Kangkong, Pusat Internet 1 Malaysia Kesang Barat dan Pusat Internet 1 Malaysia Air Panas... baca selanjutnya

PERTANDINGAN EDUCATION EXPLORACE

31 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Taman Seri Kemendor telah mengadakan Pertandingan Education Explorace bagi kanak-kanak di Taman Seri Kemendor. Pertandingan ini telah diadakan dengan dibantu oleh Pusat Internet 1 Malaysia Tun Ghafar Air Kangkong, Pusat Internet 1 Malaysia Kesang Barat dan Pusat Internet 1 Malaysia Air Panas... baca selanjutnya

Karnival Kerjaya & Keusahawanan

3 April 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dikendalikan oleh pihak Pemuda UMNO Merlimau Melaka. Ini adalah salah satu program kerjasama di antara semua Pusat Internet 1 Malaysia kawasan Melaka di bawah kelolaan CCM & DiGi. Program seperti ini dapat memberi peluang kepada PI1M untuk mempromosikan lagi perkihdmatan yang sedia ada... teruskan membaca

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Felda Tun Ghaffar ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tun Ghaffar seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya