Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Nama asal felda ini ialah Felda Air Kangkong. Pada 7 April 2007, nama felda ini telah ditukar kepada Felda Tun Ghafar Air Kangkong sebagai penghargaan kepada Tun Ghafar Baba yang banyak berjasa kepada rakyat Melaka khususnya.
Tanaman utama pada asalnya adalah getah. Sehinggalah pada tahun 1979, apabila berlakunya ribut yang telah memusnahkan hampir keseluruhan kawasan tanaman getah. Dengan inisiatif pihak pentadbiran dan kerajaan negeri sendiri, maka kawasan yang musnah itu digantikan dengan tanaman kelapa sawit pada tahun 1980.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024VIDEO PIK JOURNALISM OR PEOPLE STORIES / CITIZEN PUSAT INTERNET KOMUNITI TUN GHAFFAR, AIR KANGKUNG
Aktiviti Terkini | 27 Disember 2020Memperkenalkan penjenamaan pusat internet Malaysia kepada pusat internet komuniti....baca selanjutnya
AKTIVITI GOTONG ROYONG
Aktiviti Terkini | 29 November 2020Membersihkan kawasan pusat internet...baca selanjutnya
PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA DARI BAHAN TERBUANG
Aktiviti Terkini | 1 -15 Oktober 2020Mengeratkan silaturahim antara peserta setempat dengan petugas PI dan Perpustakaan....baca selanjutnya
LITERASI KOMPUTER DAN KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 19 September 2020Mengeratkan silaturahim antara peserta setempat dengan pekerja Pusat Internet....baca selanjutnya
PROGRAM BULAN MERDEKA
Aktiviti Terkini | 23 & 30 Ogos 2020Program ini dijalankan bagi memupuk semangat patriotik dan cintakan akan negara dan menyebarkan maklumat berkaitan sejarah kemerdekaan Malaysia kepada komuniti setempat....baca selanjutnya
FIRE AWARENESS PREVENTION PROGRAMME
Aktiviti Terkini | 25 Julai 2020Program ini dijalankan untuk memberi ilmu kepada staff pusat internet juga kepada ahli pusat internet tentang cara mencegah kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika berlaku bencana itu....baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020...baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya
MARI BELAJAR
Aktiviti Terkini | 20 Februari 2020Program ini dijalankan untuk memberi ilmu kepada para pelajar tadika....baca selanjutnya
KOLAJ TANGLUNG (BERSEMPENA TAHUN BARU CINA)
Aktiviti Terkini |11 Januari 2020Program ini dijalankan bagi mengisi masa lapang semasa cuti sekolah, memupuk semangat perpaduan dikalangan komuniti, dan merapatkan hubungan staff Pi serta Perpustakaan bersama komuniti....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya