Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Nama asal felda ini ialah Felda Air Kangkong. Pada 7 April 2007, nama felda ini telah ditukar kepada Felda Tun Ghafar Air Kangkong sebagai penghargaan kepada Tun Ghafar Baba yang banyak berjasa kepada rakyat Melaka khususnya.

Tanaman utama pada asalnya adalah getah. Sehinggalah pada tahun 1979, apabila berlakunya ribut yang telah memusnahkan hampir keseluruhan kawasan tanaman getah. Dengan inisiatif pihak pentadbiran dan kerajaan negeri sendiri, maka kawasan yang musnah itu digantikan dengan tanaman kelapa sawit pada tahun 1980.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Majlis Bacaan Yasin dan Santai Petang

Aktiviti Terkini | 24 November 2017

Mengucapkan rasa syukur kepada Allah di atas segala suka dan duka sepanjang tahun dan untuk menguji minda peserta tentang ilmu tajwid dan isu semasa... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Tun Ghaffar Air Kangkung

Aktiviti Terkini | 4 November 2017

Dapat mendidik pengunjung tentang penggunaan jalur lebar & ICT, menaik taraf komuniti dengan penggunaan jalur lebar, memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukkan penggunaan jalur lebar & ICT... baca selanjutnya

Sukaneka Bersama Tadika JAIM

Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2017

Untuk menghiburkan para peserta kerana permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan kanak-kanak. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat... baca selanjutnya

Bengkel Advokasi(Klik Dengan Bijak) Sekolah Kebangsaan Seri Bemban

Aktiviti Terkini | 5 Oktober 2017

Pihak Pusat Internet 1Malaysia Air Panas dan Guru Kaunseling SK Seri Bemban telah berkerjasama dalam mengadakan Bengkel Advokasi ini... baca selanjutnya

Semarakkan Hari Malaysia

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Untuk menguji pengetahuan am isu semasa para pelajar dan memupuk semangat cintakan negara... baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yasin Dan Dirgahayu Negaraku

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Ogos 2017

Untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah swt keamanan di Malaysia & menzahirkan semangat patriotik di kalangan penduduk setempat... baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya Anjuran Bersama PI1M Kesang Barat, Air Panas dan Felda Tun Ghaffar Air Kangkung

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara staff PI1M dan masyarakat setempat, melahirkan rasa kesyukuran menyambut aidilfitri... baca selanjutnya

Rawatan Kecemasan

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2017

Pendedahan kepada asas-asas perawatan awal sebelum bantuan ambulan dan paramedic tiba di lokasi kejadian... baca selanjutnya

Kretiviti dalam kraftangan membuat tiara dan kemahiran ICT

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Untuk melihat kreativiti dalam mewarna, kemahiran rekacipta kraftangan membuat tiara dan juga kemahiran ICT... baca selanjutnya

Kembali Ke Sekolah

Aktiviti Terkini | 19 & 27 Januari 2017

Untuk melihat kreativiti dalam mewarna, kemahiran rekacipta kraftangan membuat tanglung dan juga kemahiran ICT... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Felda Tun Ghaffar ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tun Ghaffar seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya