Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Nama asal felda ini ialah Felda Air Kangkong. Pada 7 April 2007, nama felda ini telah ditukar kepada Felda Tun Ghafar Air Kangkong sebagai penghargaan kepada Tun Ghafar Baba yang banyak berjasa kepada rakyat Melaka khususnya.
Tanaman utama pada asalnya adalah getah. Sehinggalah pada tahun 1979, apabila berlakunya ribut yang telah memusnahkan hampir keseluruhan kawasan tanaman getah. Dengan inisiatif pihak pentadbiran dan kerajaan negeri sendiri, maka kawasan yang musnah itu digantikan dengan tanaman kelapa sawit pada tahun 1980.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM HARI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 5 & 21 September 2024
Menyemarakkan semangat patriotik di kalangan peserta....baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT: LEARNING ABOUT GMAIL
Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2024Permulaan kepada pengajaran ini memerlukan pelajar untuk membuka website gmail...baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT: APLIKASI SKETCH (MENGGUNAKAN TABLET)
Aktiviti Terkini | 4 Julai 2024Para peserta diminta untuk melukis gambar yang diajar oleh pengajar NADI....baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT: SISTEM PEREKODAN NILAM (AINS)
Aktiviti Terkini | 12 Jun 2024Ibu bapa hadir ke NADI untuk memohon tunjuk ajar tentang Sistem Perekodan Bacaan NILAM yang sekarang sedang digunapakai oleh kebanyakan sekolah untuk merekod bahan bacaan murid yang telah dibaca...baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT: CONJUNCTION 'BUT', 'AND', 'OR'
Aktiviti Terkini | 12 Mei 2024Para peserta diminta untuk menjawab kuiz mudah dalam website wordwall yang mana mereka perlu meletakkan frasa and, but dan juga or sesuai dalam ayat yang diberikan dalam kuiz....baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT: MICROSOFT WORD (KAD JEMPUTAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI)
Aktiviti Terkini | 20 April 2024Para peserta diminta untuk mencipta kad jemputan rumah terbuka hari raya aidilfitri dengan menggunakan Microsoft Word....baca selanjutnya
BASIC ICT: KUIZ TAJWID
Aktiviti Terkini | 8 Mac 2024Aktiviti ini berjalan dengan kehadiran pelajar seramai 8 orang yang berumur antara 7 hingga 12 tahun yang mana mereka perlu menjawab soalan – soalan kuiz tajwid melalui laman sesawang wordwall.com....baca selanjutnya
PROGRAM SAFE INTERNET DAN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong bersama PEDi Air Panas, dan PEDi Batang Melaka....baca selanjutnya
AKTIVITI JOM BELAJAR TONA WARNA
Aktiviti Terkini | 26 Januari 2024Aktiviti jom belajar tona warna ini diadakan sebagai aktiviti riadah di samping memupuk kreativiti dan kecerdasan dalam menghasilkan pelbagai warna yang unik....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya